Showing posts with label Subjektif. Show all posts
Showing posts with label Subjektif. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Soalan 32

Rajah menunjukkan satu seterika elektrik dengan spesifikasi "240 V, 1500W' .

  1.  Seterika itu disambungkan kepada bekalan 240 V. Hitung:
    1. Arus yang mengalir melalui seterika elektrik itu. [2 markah]
    2. Rintangan seterika elektrik itu. [2 markah]
  2. Jika seterika itu dipasang selama 30 minit, hitung tenaga yang digunakan. [2 markah]

Thursday, February 13, 2014

Soalan 30


  1. Rajah menunjukkan sebuah termometer yang digunakan oleh doktor di hospital.
    Anda dikehendaki merekabentuk sebuah termometer yang boleh mengukur suhu pesakit.

    Nyata dan terangkan rekabentuk berdasarkan aspek-aspek berikut.
    1. Cecair yang digunakan dalam termometer itu
    2. Kepekaan termometer itu
    3. Kaedah penentukuran
[10 markah]


Sumber: Fizik Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2007
  1. Merkuri sebagai cecair.- Peka terhadap perubahan suhu
  2. Merkuri- Legap, mudah ambil bacaan
  3. Diameter kapilari yang kecil- pengembangan merkuri dengan kadar tinggi pada perubahan suhu yang kecil
  4. Lengkuk kecil pada bahagian kapilari - merkuri tidak kembali ke keadaan asal sebelum bacaan diambil

Soalan 29



  1.  Rajah menunjukkan seorang doktor sedang mengambil suhu seorang pesakit di hospital. Terangkan mengapa doktor itu meletakkan termometer di bawah lidah pesakit dalam masa beberapa minit sebelum mengambil bacaan. [4 markah]


Sumber: Fizik Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2007
1. Letak bawah lidah supaya termometer bersentuh dengan badan pesakit
2. Haba mengalir dari badan pesakit ke bebuli termometer.
3. Selepas beberapa ketika, keseimbangan terma dicapai.
4. Bacaan termometer menunjukkan suhu badan pesakit.

Monday, November 4, 2013

Soalan 21


  1. Soalan 1:
    1. Terangkan maksud istilah kepersisan dan kepekaan.
      Kepersisan: kebolehan sesuatu alat pengukuran mengambil bacaan secara konsisten setiap kali melakukan sukatan

      Kepekaan: kebolehan suatu alat mengesan perubahan kecil kuantiti yang diukur.
    2. Namakan satu alat yang mempunyai kepersisan yang tinggi tetapi kepekaan yang rendahNeraca mampatan.
  2. Soalan 2:
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan ralat bersistem? Nyatakan dua contoh ralat bersistem.Ralat bersistem: ralat dalam pengukuran yang disebabkan oleh keadaan alat atau keadaan persekitaran di mana pengukuran dilakukan.

      Contoh: Ralat sifar dan penentuukuran alat yang tidak tepat.
    2. Huraikan maksud istilah ralat sifar . Nyatakan dua jenis ralat sifar yang mungkin berlaku pada sebuah tolok skru mikrometer. Terangkan bagaimana ralat sifar itu berlaku dan bagaimana ralat itu diimbangi.
      Ralat sifar: ralat dalam alat pengukur yang tidak menunjukkan bacaan sifar apabila tiada objek sedang diukur.

      Ralat sifar positif: berlaku apabila tolok skru mikrometer menunjukkan bacaan positif apabila rahang tolok skru mikrometer dirapatkan tanpa sebarang objek di antaranya. Dapat diimbangi dengan menolak nilai ralat daripada bacaan yang diukur.

      Ralat sifar negatif: berlaku apabila tolok skru mikrometer menunjukkan bacaan negatif apabila rahang tolok skru mikrometer dirapatkan tanpa sebarang objek di antaranya. Untuk mengimbangi ralat sifar negatif, ralat ini perlu ditambah kepada bacaan tolok skru mikrometer apabila digunakan untuk mengukur panjang suatu objek 
.

Soalan 20

Jadual menunjukkan tiga bacaan panjang yang diukur dengan menggunakan alat pengukur X, Y, dan Z.

Alat pengukur Panjang
X 12.0 cm
Y 8.75 cm
Z 0.633 cm

a) Namakan alat-alat pengukur itu.
X :Pembaris meter
Y :Angkup Vernier
Z :Tolok skru mikrometer

b) Apakah unit asas SI bagi panjang?
Meter
c) Mengapakah panjang diklasifikasikan sebagai kuantiti asas?
Panjang adalah kuantiti fizik yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti lain