Showing posts with label Fizik. Show all posts
Showing posts with label Fizik. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Soalan 32

Rajah menunjukkan satu seterika elektrik dengan spesifikasi "240 V, 1500W' .

  1.  Seterika itu disambungkan kepada bekalan 240 V. Hitung:
    1. Arus yang mengalir melalui seterika elektrik itu. [2 markah]
    2. Rintangan seterika elektrik itu. [2 markah]
  2. Jika seterika itu dipasang selama 30 minit, hitung tenaga yang digunakan. [2 markah]

Thursday, February 13, 2014

Soalan 30


  1. Rajah menunjukkan sebuah termometer yang digunakan oleh doktor di hospital.
    Anda dikehendaki merekabentuk sebuah termometer yang boleh mengukur suhu pesakit.

    Nyata dan terangkan rekabentuk berdasarkan aspek-aspek berikut.
    1. Cecair yang digunakan dalam termometer itu
    2. Kepekaan termometer itu
    3. Kaedah penentukuran
[10 markah]


Sumber: Fizik Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2007
  1. Merkuri sebagai cecair.- Peka terhadap perubahan suhu
  2. Merkuri- Legap, mudah ambil bacaan
  3. Diameter kapilari yang kecil- pengembangan merkuri dengan kadar tinggi pada perubahan suhu yang kecil
  4. Lengkuk kecil pada bahagian kapilari - merkuri tidak kembali ke keadaan asal sebelum bacaan diambil

Soalan 29



  1.  Rajah menunjukkan seorang doktor sedang mengambil suhu seorang pesakit di hospital. Terangkan mengapa doktor itu meletakkan termometer di bawah lidah pesakit dalam masa beberapa minit sebelum mengambil bacaan. [4 markah]


Sumber: Fizik Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2007
1. Letak bawah lidah supaya termometer bersentuh dengan badan pesakit
2. Haba mengalir dari badan pesakit ke bebuli termometer.
3. Selepas beberapa ketika, keseimbangan terma dicapai.
4. Bacaan termometer menunjukkan suhu badan pesakit.