Thursday, March 13, 2014

Soalan 32

Rajah menunjukkan satu seterika elektrik dengan spesifikasi "240 V, 1500W' .

  1.  Seterika itu disambungkan kepada bekalan 240 V. Hitung:
    1. Arus yang mengalir melalui seterika elektrik itu. [2 markah]
    2. Rintangan seterika elektrik itu. [2 markah]
  2. Jika seterika itu dipasang selama 30 minit, hitung tenaga yang digunakan. [2 markah]

Thursday, February 13, 2014

Soalan 31


Rajah menunjukkan termometer yang digunakan untuk mengukur takat didih cecair Y.
Takat didih cecair Y ialah 210 °C.

Anda dikehendakai untuk mengubahsuai reka bentuk termometer yang boleh mengukur suhu takat didih cecair Y dengan berkesan.
Nyata dan terangkan pengubahsuaian berdasarkan aspek-aspek berikut:
  1. cecair yang digunakan
  2. ketebalan bebuli kaca
  3. diameter tiub kapilari
  4. dinding batang kaca
  5. skala maksimun
..

Soalan 30


  1. Rajah menunjukkan sebuah termometer yang digunakan oleh doktor di hospital.
    Anda dikehendaki merekabentuk sebuah termometer yang boleh mengukur suhu pesakit.

    Nyata dan terangkan rekabentuk berdasarkan aspek-aspek berikut.
    1. Cecair yang digunakan dalam termometer itu
    2. Kepekaan termometer itu
    3. Kaedah penentukuran
[10 markah]


Sumber: Fizik Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2007
  1. Merkuri sebagai cecair.- Peka terhadap perubahan suhu
  2. Merkuri- Legap, mudah ambil bacaan
  3. Diameter kapilari yang kecil- pengembangan merkuri dengan kadar tinggi pada perubahan suhu yang kecil
  4. Lengkuk kecil pada bahagian kapilari - merkuri tidak kembali ke keadaan asal sebelum bacaan diambil

Soalan 29



  1.  Rajah menunjukkan seorang doktor sedang mengambil suhu seorang pesakit di hospital. Terangkan mengapa doktor itu meletakkan termometer di bawah lidah pesakit dalam masa beberapa minit sebelum mengambil bacaan. [4 markah]


Sumber: Fizik Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Terengganu 2007
1. Letak bawah lidah supaya termometer bersentuh dengan badan pesakit
2. Haba mengalir dari badan pesakit ke bebuli termometer.
3. Selepas beberapa ketika, keseimbangan terma dicapai.
4. Bacaan termometer menunjukkan suhu badan pesakit.

Thursday, November 7, 2013

Soalan 28

Kebolehan suatu alat untuk memberi bacaan yang konsisten dalam kuantiti yang diukur disebut sebagai
  1. Kepersisan
  2. Kejituan
  3. Ketepatan
  4. Kepekaan
A. Kepersisan

Soalan 27

Satu eksperimen dijalankan untuk mencari hubungan antara Tempoh, T bagi ayunan sebuah spring dengan jisim beban, m yang digantung. Rajah di bawah adalah graf T2 lawan m. Berdasarkan graf tersebut, persamaan manakah adalah benar?
  1. T2= 2m + ½
  2. T2= -2m + ½
  3. T2= ½m-2
  4. T2= ½m+2
D. T2= ½m+2

Wednesday, November 6, 2013

Soalan 26

Manakah di antara persamaan berikut mempunyai N kg-1s ?
  1. \(\large \rm \frac{{Jisim \times Saat}}{{Jarak}}\)
  2. \(Halaju \times Masa\)
  3. \(Masa \times Pecutan\)
  4. \(\large \rm \frac{{Jarak \times Halaju}}{{Pecutan}}\)
C. \(Masa \times Pecutan\)